Friday, February 6, 2009

Peraturan

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Selain daripada Peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Futsal yang dikuatkuasakan oleh FAM dan FIFA yang sedang dikuatkuasakan dan akan diikuti sepanjang tempoh kejohanan ini.

2. PENYERTAAN

2.1 Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar ijazah pertama, ijazah tinggi dan pelajar PhD di kampus USM Kejuruteraan.

2.2 Juga terbuka kepada kepada semua staf USM Kejuruteraan. Ini termasuk pensyarah akademik, staf pengurusan dan staf sokongan.

2.3 Juga terbuka kepada staf kafe yang beroperasi dalam kampus kejuruteraan dan staf kontrak ‘cleaner’ yang berkerja dalam kampus kejuruteraan.

2.4 Terbuka kepada pasukan Lelaki dan Wanita. Pasukan Lelaki akan bertanding dalam kategori Lelaki dan Pasukan Wanita dalam kategori Wanita. Pasukan campuran Lelaki dan Wanita tidak dibenarkan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 8 orang bagi satu pasukan. Seorang pemain hanya layak mewakili satu pasukan sahaja.

3.2 Senarai lengkap pasukan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan ketika pendaftaran pasukan sebelum tarikh tutup.

3.3 Sebarang permohonan pertukaran/penggantian pemain boleh dilakukan sehingga sebelum bermulanya menyusarat pengurus pasukan, selepas masa tersebut tidak akan dilayan.

3.4 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang pendaftaran perlawanan sahaja dibenarkan bermain dalam perlawanan ini.

3.5 Pemain import (foreigner player), tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

4. FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Peringkat Awal

4.1.1 Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing.

4.2 Peringkat Kalah Mati

4.1.2 Selepas pertandingan peringkat awal, bagi kategori Lelaki, dua pasukan yang mempunyai mata tertinggi akan memasuki kumpulan Cup dan Plate (Devisyen 1). Selebihnya akan memasuki kumpulan Bowl dan Spoon(Devisyen 2).

4.1.3 Bagi kategori Wanita hanya Cup dan Plate, selepas pusingan awal akan disusun mengikut kedudukan berdasarkan mata dalam sistem kalah mati (rujuk lampiran).

4.1.4 Pengadil dan ketua pasukan bagi setiap pasukan hendaklah datang ke khemah Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan tamat untuk pengesahan skor yang diperolehi daripada pertandingan tersebut.

5. PENENTUAN KEMENANGAN DALAM KUMPULAN

5.1 Cara memberi mata :

· Menang - 3 mata

· Seri - 1 mata

· Kalah - 0 mata

5.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :

5.2.1 Perbezaan Jaringan yang lebih tinggi dikira menang.

5.2.2 Jika masih seri, jumlah bolos paling sedikit dikira menang.

5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

5.2.4 Jika masih seri, lambungan syiling akan dijalankan.

7. PENENTUAN KEMENANGAN DALAM SISTEM KALAH MATI

Bagi perlawanan kalah mati, jika kedudukan seri selepas mata penuh, cara-cara berikut akan digunakan untuk memutuskan keputusan :

· Sebelum peringkat suku akhir, pasukan yang menjaringkan gol dahulu dikira menang. Jika keputusan 0-0, sistem sepakan penalti akan dijalankan.

· Bagi peringkat suku akhir dan separuh akhir, jika keputusan perlawanan selepas masa penuh tamat adalah seri, sistem sepakan penalti akan dijalankan.

· Bagi peringkat akhir, jika keputusan perlawanan selepas masa penuh tamat adalah seri, masa tambahan secara kalah mengejut, sudden death selama lima (5) minit akan diberi

· Jika keputusan masih seri, sistem sepakan penalti akan dijalankan.

SISTEM SEPAKAN PENALTI

· Setiap pasukan akan mengambil 5 sepakan penalti dengan cara sepakan selang-seli.

· Jika masih seri, maka sepakan penalti hendaklah diteruskan oleh pemain yang berlainan secara berselang-seli dengan sistem sudden death.

· Pengadil akan memutuskan gol yang mana sepakan penalti itu dijalankan.

· Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat sepakan penalti dahulu.

· Hanya pemain yang berada dalam padang pada akihr perlawanan tersebut dibenarkan mengambil sepakan penalti. Jika masih seri barulah pemain simpanan akan mengambil sepakan secara suddent death. Jika masih seri lambungan duit syiling akan dijalankan.

8. MASA PERLAWANAN

8.1 Lima (5) minit bagi separuh masa dengan satu (1) minit peruntukan bagi pertukaran bahagian padang.

8.2 Bagi perlawanan akhir, masa bermain adalah sepuluh (10) minit bagi setiap separuh masa dengan dua (2) minit rehat.

9. PEMAIN GANTIAN

9.1 Tiga (3) orang pemain boleh diganti pada bila-bila masa perlawanan termasuk masa tambahan. Pemain-pemain yang diganti boleh bermain semula dalam perlawanan yang sama mengikut sistem rolling.

9.2 Penggantian tidak dibenarkan jika seseorang itu diarah keluar padang oleh pengadil.

9.3 Penggantian tidak dibenarkan semasa sepakan penalti.

10. SISTEM PENGADILAN

Setiap keputusan pihak pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan/rayuan, tidak akan dilayan.

11. PAKAIAN

11.1Pakaian yang sesuai dengan permainan futsal.

11.2Kasut bola, kasut futsal atau sport shoe dibenarkan.

11.3Jika terdapat pertembungan warna jersi antara kedua-dua pasukan, pasukan yang dinamakan terlebih dahulu dalam jadual perlawanan diminta memakai bit yang disediakan.

12. KELEWATAN ATAU KETIDAKHADIRAN

12.1Hanya 5 minit diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan jaringan 2 gol yakni 2-0

12.2Sekiranya sesuatu pasukan enggan bermain (tidak hadir), pada sesuatu perlawanan, tindakan tatatertib akan diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan kejohanan.

13. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk perlawanan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dijalankan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang ditunda di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan jika perlawanan telah dijalankan lebih 20 minit keputusan perlawanan dikekalkan.

1 comment:

  1. Slots.lv: The Best and Worst Casino Games | DrmCD
    If you 김천 출장안마 have a passion for table games, you must find something else. 의왕 출장마사지 Slots.lv, with over 제천 출장안마 2000 김포 출장안마 slot 여수 출장샵 machines, many with amazing graphics and great

    ReplyDelete